Friday, February 18, 2011

Hanya Untukmu....

assalamualaikum~

hari ini pelbagai kisah dan berita sedih yang sering kita dengar mengisahkan tentang derhakanya seorang anak kepada ibu bapa..aku bila membacanya, automatically termelemparkan simpati kepada si ibu namun keciwa yang si ibu rasa hanya Allah yang tahu..

kita sebagai anak...
tidak dinafikan jasa mereka memang tidak mungkin dapat kita balas..namun setakat ini agak2 kita la adakah kita telah jadi yang terbaik untuk mereka?adakah mereka beruntung kerana memiliki kita?

aku juga sebagai anak..yang masih belum bergelar ibu mahupun isteri, kekadang terpikir sikap aku terhadap mereka..mampukah aku menjadi yang terbaik dalam apa situasi pun untuk mereka..yaaa aku memang nak..sape kata aku xnak...aku nak, jadi anak yang solehah..sanggup berkorban apa sahaja demi mereka..membahagiakan mereka..cuma kengkadang aku takot aku xmampu untuk segalanya..apa yang membuatkan aku terfikir begini apabila berlaku satu insiden..

insiden ini bermula ketika buat pertama kalinya aku membawa kereta mak aku ke bandar kuantan yang indah permai..time ni fresh lagi dapat lesen P....aku telah merosakkan kereta mak aku sebab tergesel kat tiang parking..ntahlah macam mane..nak jugak parking kat tempat sempit tu , hasilnya bercalar n kemek la kereta mak aku..

bla bla bla......aku cume nak highlith kate2 mak aku yang membuatkan aku terpikir yang lebih kurang berbunyi gini:

"kalau kereta mak, anak buat macam tu..mak xmarah pon..tapi kalau kereta anak, mak yang buat gitu xtaulah.."

masyaAllah..aku pon terfikir..betol! memang mak aku tak marah pon..tapi aku tak tahu kalau situasi yang sama berlaku jika mak aku buat kat kereta aku..yaa, masa nie aku boleh kata, mustahil aku nak marah mak aku sendiri..tapi aku takot ade seguris marah dalam hati aku pada mak aku bila situasi yang sama berlaku..harta mereka langsung mereka tak kisah asalkan anak2 bahagia..tapi kita nanti macam mana?aku takot aku bersikap tidak adil..aku takot aku menghambakan diri pada harta..

apabila aku menceritakan pada sahabat aku..die pon bersetuju dengan aku...betul, kita memang tak tahu tahap kemampuan sayang,hormat,setia, dan semua nilai murnilah pada ibu atau bapa kita..sebab tu kita kena berdoa supaya dijadikan anak yang solehah..

teringat aku ketika mana atok aku mengingatkan kami supaya jangan pernah lupa untuk mendoakan ibu bapa..menurutnya sedangkan seorang anak yang tidak pernah berjumpa dengan ibu bapanya juga mesti dan wajib ingat untuk mendoakan ibu bapa mereka inikan pula kami yang terang-terangan mempunyai ibu bapa yang tidak ternilai jasanya..setiap kali lepas solat, dan setiap kali berdoa, ingatlah mereka..

kita sayang pada mereka..kita mengharapkan merekalah juga ibu bapa kita diakhirat kelak..jadilah yang terbaik untuk mereka..

Ya Allah, jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah..peliharalah hati, percakapan dan tingkahlaku kami dari yang menyakiti mereka.


No comments: