Thursday, April 15, 2010

Kerana Kau Muslimah



"abang..sayang..bi..baby..anje.. and so on lah..macam-macam yg digelarkan utk pasangan bahagia yang sedang hangat disimbah air2 cinta..umpama api yang disimbah minyak petrol..membara dan semakin marak..sehari bagaikan setahun jika tidak bersua..

aku mengakui semua ini sgt2 ingin dirasai oleh setiap insan terutamanya insan yang bergelar remaja..rasa ingin mencuba itu semarak dan membara di dalam jiwa..diri terasa kosong tanpa si dia..

halalkah cinta itu sebelum adanya akad nikah?aku mengakui setiap insan mempunyai pandangan dan persepsinya tersendiri apabila ingin bercakap pasal ini..mungkin ada yang berkata..senang mulut bercakap daripada melakukan..mungkin ade yang berkata "awak xpaham ape yg sy rase"..and mungkin ada yzng berkata "eleh xkena tkpela..dah rase nanti sendiri terjerat"..

rasenye semua telah arif dengan hukum cinta dunia itu..mungkin kita tidak suka orang lain utk masuk campur dalam hal peribadi kita..kita rase marah bila ada sahabat kita yg cuba menyebok utk menasihati kita..tapi pernahkah kita fikir sape yg salah..dia yg menasihati atau kita yg dinasihati?

yup..memang bukan suatu yang mudah utk menerima nasihat orang....tapi kita cuba meng'ajar' diri kita untuk menjadi yang lebih baik..janganlah zalimi diri kita senidiri..kasihanilah diri kita..
berkate pada diri sendiri..kadang kala terfikir sejenak...

pandang ke dinding bilik sendiri..emm semua nie akan hancur satu masa nanti..
beralih pula fikiran kepada keluarga... semua akn berpisah dgn aku nanti..
teringat pula saat2 manis bersama mereka2 yang disayangi..semua tu pinjaman dan anugerah Allah..

tersedar seketika yang dunia nie hanyalah sementara...ya hanya SEMENTARA...kate2 dunie nie hanyala persinggahan biasa kedengaran..tetapi jarang untuk kita fikir dengan lebih mendalam akan maksud persinggahan itu...memang kita umpama pelakon2 yang sedang melakonkan watak masing-masing..dunia ini pentas lakonan..dan penngarah teragong adalah ALLAH s.w.t...

bimbang pula..adakah aku tergolong didalam golongan yang engkau murkai, Allah..semakin hari terasa semakin jauh dariMu..bimbinglah aku ya Allah..hanyut dengan keseronokan dan keasyikan dunia..risau andai aku menjadikan dunia ini syurga buatku...dan mencampakkan diri ke dalam api nerakaMu di akhirat kelak..

TAKUT??aah..aku takut..aku takut akan azabMu..aku takut merasai api nerakaMu..tapi aku selalu lalai,Allah..apa yang aku nak darimu selalu aku nak engkau kabulkan cepat-cepat..tapi aku selalu melengahkan apa yang engkau amanahkan kepadaKu..ya Allah..mungkin hari ini..ketika ini..aku tersedar dan teranugerah kesedaran ini..tapi besok???aku risau lagi...adakah aku masih terfikir seperti ini..adakah aku masih berpeluang menghambakan diri kepadaMu..masihkah esok untuk aku??

CINTA...satu kalimah yang sangat penting dalam kehidupan aku sebagai seorang manusia...perlukan cinta semua...kasih semua..tapi semoga aku dan kamu sentiasa dijaga hati ini
agar meletakkan cinta itu pada garisNYA..semoga ia tidak terkeluar dari orbit yang telah dibariskan...SABBIT QULUBANA 'ALA DINIKA WA THO'ATIKA YA ALLAH...

nasihat aku yang kerdil buat diriku dan dirimu..hargailah mereka yang menyayangi kita..ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai..jangan kerna si dia..yang utama diketepikan..berapa lama kita kenali si dia jika hendak dibandingkan dengan sahabat kita...jangan mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan..mereka sangat taat akan janjinya kepada Allah untuk menyesatkan kita..Kita??semoga kita sentiasa didekatkan dengan mereka yang membawa kita ke jalan Allah..walau apa yang sudah terjadi..la tahzan..jalan pulang ke pangkuan Allah sangatlah luas..wallahu'alam..

No comments: